Sunday, May 30, 2010

Aunt Christina's Laksa Sarawak

Memang menjadi kebiasaan orang Sarawak merindui makanan kampungnya sendiri terutama makanan itu tidak mudah terdapat di Semenanjung Malaysia. Situasi ini berlaku kepada seorang gadis yang bernama Moonkitty. Dia adalah kakak saya yang aktif berjalan and juga "GPS Manusia". Kerana terlampau rindu terhadap laksa Sarawak, dia melayari Internet dan mendapat tahu di Bangsar terdapat laksa Sarawak. Dia telah membawa saya dan adik dari Kajang ke Bangsar semata-mata hendak memakan laksa Sarawak. Sekejap saja kami berjaya sampai di destinasi, iaitu Kedai Makanan Nam Chun. Di situ anda akan dapat mencari sebuah gerai yang penuh dengan keratan surat khabar dan pemiliknya ialah Aunt Christina. Rupa-rupanya Aunt Christina berasal dari Kuching, Sarawak. Patutlah laksanya memang disukai oleh orang Sarawak kerana rasanya memang sebiji macam laksa yang terdapat di Sarawak. Kepada sesiapa orang Sarawak yang merindui laksa Sarawak, bolehlah singgah di Bangsar untuk menikmatinya.

Kedai Makanan Nam Chun

Gerai Makanan Aunt Christina

Laksa Sarawak, RM5.00

Laksa Sarawak mesti dimakan bersama belacan

MiSs PipO dengan gigi arnabnya bersama laksa

Moonkitty dan Ati

Ah Ngu juga datang menyertai pesta laksa

Adik saya makan lagi nasi char siew

Nasi Char Siew

Nasi putih

Sup Kaki Ayam

No comments: