Pasal I migrain teruk ari tu, I pun takut "mati" dan mula mencari fakta-fakta migrain. Ada dalam bahasa Inggeris tetapi I lebih suka yang Bahasa Malaysia. I dapat satu yang agak terperinci maklumatnya. Jadi teringin mahu berkongsi dengan keluarga dan kawan-kawanku. Vshan Laling mesti baca ya~ U pun selalu migrain bila exam time.
Migrain berlaku apabila seseorang itu mengalami sakit kepala yang berulang-ulang, berbeza tahap kesakitannya, kekerapan dan jangka masa serangan. Ia berasal dari perkataan Perancis yang bermaksud sakit kepala sebelah. Biasanya serangan sakit kepala sebelah boleh menyebabkan sakit kedua-dua belahnya.
Jenis-jenis migrain :
Migrain berlaku apabila seseorang itu mengalami sakit kepala yang berulang-ulang, berbeza tahap kesakitannya, kekerapan dan jangka masa serangan. Ia berasal dari perkataan Perancis yang bermaksud sakit kepala sebelah. Biasanya serangan sakit kepala sebelah boleh menyebabkan sakit kedua-dua belahnya.
Jenis-jenis migrain :
- Migrain tanpa aura
- Migrain dengan tanda aura
- Opthalmoplegic migrain
- Status nigrain
Punca penyakit/ Faktor Risiko "
- Genetik (I tak tau keluarga I yang lain ade ke migrain??)
- Aktiviti saraf 'trigemino' yang mengawal saraf dalam kepala dengan 'neurotransmitter' yang dipanggil substance P dan lain-lain 'neurotransmitter' seperti 'stamine' dan 'kinine' menyebabkan urat-urat darah dalam kepala mengembang dan berdenyut. ( maybe kot..erm~)
- Aktiviti yang berlebihan pada pangkal otak mengakibatkan 'neurotransmitter' seperti 'norephenepherine' dan 'serotinin' yang menjadikan urat darah sempit, kembang dan mengakibatkan rasa sakit. (aktiviti I mmg byk..haha)
- Perubahan saiz diameter urat darah yang bergerak dalam kepala berbeza-beza dari masa ke semasa dalam satu serangan (spreading digemia)
- Pengeluaran serotinin yang berlebihan dari sel platlet darah
- Tekanan perasaan atau 'stress' (Aku Memang Tension Gile)
- Terlalu banyak minum minuman yang berkafein seperti kopi atau minuman alkohol (Dah jarang minum ni, takde teh tarik, tak ikut Christopher pi enjoy juga)
- Cahaya yang sangat terang. (Pi umah Kajang I sudah tau..hihi)
- Perubahan cara tidur/tidak cukup tidur (Katil & bantal tak sama, now tambah training.. tak pernah cukup)
- Letih yang keterlaluan (Bingo!)
- Bau-bauan 'perfume' yang terlalu kuat. (Bingo again! Opis pasang pemercik perfume automatik yang memeningkan, prefer 'perfume' Ah reen)
- Pengambilan pil 'contraceptive' (tak tau ape ni)
- Haid (Aku Perempuan..hihi)
- Pengambilan pemanis tiruan (Cola ke? Keropok kena kurang makan ni~)
- Daging yang ditahan lamakan (preservative) supaya tidak mengandungi natrium dan sodium glutamate (HotDog? Setiap ari pun makan luar)
- Makanan yang mengandungi histamine dan 'vasotive agent' (ape ni?)
Tanda-tanda/Simptom
- Migrain tanpa aura
- rasa berdenyut-denyut pada sebelah kepala, pesakit ternampak bayangan bergaris-garis.
- terjaga dari tidur akibat kesakitan yang amat sangat.
- berasa sangar loya, muntah dan terlalu sensitif pada cahaya dan bunyi.
- denyutan yang dirasakan amat sakit apabila disentuh penghidap boleh pengsan.
2. Migrain dengan tanda aura
- jarang berlaku.
- pesakit akan mengalami pandangan solah-olah ternampak garisan yang membesar kemudiannya hilang.
- penghidap akan terasa mabuk, kebas-kebas pada bahagian dalam badan beberapa minit sebelum serangan.
3. Opthalmoplegic migrain
- terlalu jarang berlaku.
- sakit kepala yang keterlaluan boleh menyebabkan mata jadi juling dan buta sementara.
- mata menjadi sepet sebelum menjadi juling (retinal migraine) [alamak, aku dah sepet ni~]
- pesakit boleh hilang pandangan dalam masa beberapa minit.
4. Status migrain
- berlaku apabila seseorang itu mengalami migrain yang teruk dan berterusan.
- boleh mengakibatkan menghidapnya mendapat strok.
- migrain yang berlaku berulang-ulang pada kanak-kanak menyebabkan mereka muntah-muntah dan sakit perut yang berulang-ulang.
Bentuk serangan migrain
- 'Severe', rasa berdenyut-denyut pada bahagian sebelah kepala atau kedua-duanya.
- 'Local', kulit bertukar menjadi merah sedikit atau kelihatan pucat.
- 'Pallor', berpeluh-peluh.
- 'Sono', sensitif terhadap bunyi bising.
- 'Photophobea', sensitif pada cahaya.
- 'Speak', percakapan menjadi perlahan untuk elakkan sakit kepala. (Betol~~)
No comments:
Post a Comment